SELAMAT DATANG

Selamat datang pengunjung blog.Terima kasih kerana sudi singgah di laman ini. Jika anda perlukan sebarang bantuan berkenaan pembinaan rumah atas tanah sendiri di tempat anda hubungi team kami yang berdekatan yang berada di seluruh Malaysia.Kami sedia membantu anda!

Monday 29 June 2015

PROGRAM GOTONG ROYONG MENGUTIP SAMPAH DI PANTAI PASIR PUTIH SANDAKAN



SANDAKAN, 28hb Jun 2015:  Lebih kurang 90 orang peserta yang terdiri daripada anggota Gereja Seventh-day Adventist (SDA) Letat Jaya, Peringkat 6 dan Lubuh telah mengambil bahagian di dalam program Gotong Royong membersih pusat rekreasi yang diadakan di Pantai Pasir Putih Sandakan baru-baru ini. Program tersebut dianjurkan oleh Gereja SDA Letat Jaya Sandakan buat kali yang ke-2 dan upacara pelancaran telah disempurnakan oleh Pr.George Ebbie, Pengarah Jabatan Kesihatan & Keluarga, SDA Mission Sabah.

Pantai Pasir Putih pastinya mempersonakan orang ramai dengan pemandangan persekitaran yang menarik sekali gus menggamit tumpuan pelancong asing berdasarkan potensinya mampu menjadi kawasan pelancongan popular.

Pantai ini terletak kira-kira enam kilometer dari pusat bandar Sandakan, Pasir Putih dulunya dikenali sebagai ‘Sandy Plain’ yang menjadi tempat bermandi-manda dan menjalankan aktiviti riadah terutama pada hujung minggu sebenarnya tidak asing lagi kepada penduduk setempat.

Malahan mereka yang tinggal jauh sanggup berkunjung ke pantai berkenaan untuk beriadah bersama rakan mahu pun keluarga kerana satu-satunya pantai yang berada dalam kawasan bandar masih boleh dilawati sehingga ke hari ini.

Namun begitu, pemandangan yang mempesona suatu ketika dahulu terjejas sebab banyak faktor yang mencemarkan keindahan pantai seperti kurang kesedaran menjaga kebersihan selain tabiat suka membuang sampah merata-rata.

Kerjasama daripada semua pihak serta individu amat dialu-alukan di dalam program khidmat masyarakat seperti ini. Kesedaran menjaga kebersihan pantai adalah tanggungjawab bersama apatah lagi potensi pantai Pasir Putih yang dilihat boleh berkembang maju memandangkan daya tarikannya yang menggamit tumpuan sesiapa saja disamping mendidik masyarakat setempat agar menjaga kawasan pantai.

Program Gotong Royong ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).





No comments:

Post a Comment

PANELWALL IBS BERTEKNOLOGI GO GREEN YANG MESRA ALAM

Untuk makluman anda, Panelwall IBS ni bukan sahaja berkualiti dan tahan lasak. Malah Panelwall IBS ni juga telah dihasilkan dengan teknologi...