SELAMAT DATANG

Selamat datang pengunjung blog.Terima kasih kerana sudi singgah di laman ini. Jika anda perlukan sebarang bantuan berkenaan pembinaan rumah atas tanah sendiri di tempat anda hubungi team kami yang berdekatan yang berada di seluruh Malaysia.Kami sedia membantu anda!

Tuesday 3 May 2022

YANG MANA PILIHAN:GUNA IBS ATAU BATU BATA?

IBS adalah singkatan bagi Industrialized Building System atau disebut Sistem Binaan Berindustri . Untuk sistem IBS, bahan-bahan binaan disiapkan terlebih dahulu di kilang dan juga perlu melepasi ujian serta standard yang telah ditetapkan bagi memastikan ia berkualiti tinggi. Lepas itu baru dibawa ke tapak binaan untuk dipasang, di mana ia dapat menjimatkan masa, tenaga kerja dan kos serta lebih kemas. 


Sebelum menjawab soalan ini, jom saya nak share tentang perbezaan antara teknik binaan rumah guna panel IBS dan konvensional.

Teknik ikatan bata adalah antara teknik konvensional yang biasa digunakan oleh kontraktor-kontraktor binaan rumah. Macam yang saya selalu sebut dalam posting-posting sebelum ini, sekarang semua benda nak cepat, mudah dan jimat kos. Jadi teknologi pembinaan menggunakan sistem IBS sangat membantu. 

IBS adalah singkatan bagi Industrialized Building System atau disebut Sistem Binaan Berindustri . Untuk sistem IBS, bahan-bahan binaan disiapkan terlebih dahulu di kilang dan juga perlu melepasi ujian serta standard yang telah ditetapkan bagi memastikan ia berkualiti tinggi. Lepas itu baru dibawa ke tapak binaan untuk dipasang, di mana ia dapat menjimatkan masa, tenaga kerja dan kos serta lebih kemas. 

Berdasarkan kepada majalah Heights CIDB Volume 3 2016, IBS ini ada lima (5) kumpulan, iaitu:- 1. Pre-Cast Concrete Framing, Panel and Box System 2. Steel Formwork Systems 3. Steel Framing Systems 4. Prefabricated Timber Framing Systems 5. Block Work System & dan lain-lain kaedah inovatif yang diluluskan CIDB, SIRIM dan lain-lain. 

Untuk entry ini saya lebih fokus kepada panel IBS untuk skop pembinaan rumah berskala kecil atau sederhana sahaja. Panel IBS ini adalah kepingan konkrit terdiri daripada Expanded Polystyrene, juga boleh dipotong terlebih dahulu sebelum dipasang supaya dapat mengikut pelan reka bentuk yang sudah dibuat. Ini berbeza dengan teknik binaan konvensional melibatkan teknik ikatan bata, di mana bahan-bahan binaan dibuat di tapak binaan tersebut yang memakan masa lebih lama. Dinding yang menggunakan ikatan batu-bata juga mudah terjadi retakan. 

Antara kelebihan sistem IBS adalah panel lebih ringan, tidak perlukan tenaga buruh yang ramai, dapat jimatkan masa, jimat kos, panel lebih kuat, lebih sejuk, lebih tahan kebakaran dan lebih tinggi daya tahan kebocoran air. 

Ada empat (4) jenis panel IBS iaitu Single Wall Panel, Double Panel, Staircase Panel dan Slab Panel. 1. Single Wall Panel Single Wall Panel ialah kepingan konkrit terdiri daripada fire retardant EPS yang diperkuatkan oleh dua jejaring dawai High Tensile Low Carbon Steel yang dilekatkan sekali menggunakan teknik kimpalan electro-fusion welds. Fire Retardant EPS bermaksud Expanded Polystyrene yang bersifat kalis api bagi mengurangkan risiko kehilangann nyawa dan harta ketika berlaku kebakaran. 

Dari sudut kejuruteraan bahan, high tensile bermaksud jejaring dawai tersebut dapat menahan daya mampatan dengan lebih kuat sebelum patah. Jadi ini adalah faktor kepada panel IBS yang berkualiti tinggi. Single Wall Panel akan didirikan di tapak binaan dan disembur dengan konkrit pada kedua-dua belah. Digunakan sebagai dinding, partitions atau panel yang diisi antara structural members. 2. Double Panel Double Panel pula terdiri daripada dua kepingan konkrit Single Wall Panel yang dijarakkan satu sama lain dan dilekatkan sekali dengan dawai pengikat oleh teknik kimpalan electro-fusion welds. 
Didirikan di tapak binaan, diisi konkrit di bahagian tengah antara dua kepingan konkrit dan disembur oleh konkrit pada kedua-dua belah. Digunakan sebagai load bearing wall dan dinding untuk bangunan bertingkat-tingkat. 3. Staircase Panel Staircase Panel pula adalah kepingan konkrit EPS yang dipotong menjadi bentuk tangga dengan teras berongga untuk diisi oleh konkrit dan diperkuatkan oleh dua jejaring keluli dilekatkan oleh teknik kimpalan electro-fusion. Digunakan sebagai tangga dalam binaan rumah atau bangunan. 4. Slab Panel Slab Panel pula adalah slab EPS kalis api dengan terdapat potongan berbentuk segi empat untuk diisi oleh konkrit dan diperkuatkan oleh dua jejaring dawai High Tensile Low Carbon Steel dilekatkan sekali oleh teknik kimpalan electro-fusion welds. Slab dalam Bahasa Melayu disebut papak. Slab adalah kepingan konkrit yang tebal, kuat dan besar, biasanya berbentuk segi empat. Digunakan sebagai slab atau papak untuk lantai dan bumbung. 

Anda sudah membaca perkongsian ini.Yang mana pilihan untuk rumah anda? Panel IBS atau Batu Bata?


❗️
Sebarang pertanyaan maklumat untuk BINA RUMAH❗️ boleh terus ke platform kami :

📞Hubungi kami segera untuk maklumat lebih lanjut di http://www.wasap.my/60198800771/NakBinaRumahIBS

Facebook page: www.facebook.com/KesidangBina

Location Office:
🏢Kota Kinabalu HQ: Lot A1-Ground Floor, Polytechnic Commercial Centre (PCC), KKIP, 88460 Kota Kinabalu,SABAH.

🏢Sandakan Office: Lot 143A, Lorong 1-2, Rimbayu Indah, 90000 Sandakan, SABAH

No comments:

Post a Comment

PANELWALL IBS BERTEKNOLOGI GO GREEN YANG MESRA ALAM

Untuk makluman anda, Panelwall IBS ni bukan sahaja berkualiti dan tahan lasak. Malah Panelwall IBS ni juga telah dihasilkan dengan teknologi...