SELAMAT DATANG

Selamat datang pengunjung blog.Terima kasih kerana sudi singgah di laman ini. Jika anda perlukan sebarang bantuan berkenaan pembinaan rumah atas tanah sendiri di tempat anda hubungi team kami yang berdekatan yang berada di seluruh Malaysia.Kami sedia membantu anda!

Tuesday 3 May 2022

SEJARAH RUMAH PASANG SIAP IBS DI MALAYSIA



✅Sejarah Rumah Pasang Siap IBS di Malaysia🇲🇾

Negara kita ni sebenarnya telah merintis sistem bangunan berindustri sejak lebih empat dekad lalu.
Projek perintis rumah pasang siap IBS pertama terletak di Jalan Pekeliling di Kuala Lumpur pada tahun 1964.
Ia merupakan tujuh blok rumah pangsa 17 tingkat, berserta empat blok rumah pangsa empat tingkat, dan lot-lot kedai 40-tingkat.
Namun, projek yang diberi nama Perumahan Awam Tunku Abdul Rahman, tetapi lebih dikenali sebagai Flat Pekeliling tu telah dirobohkan pada tahun 2014.
Projek perintis rumah pasang siap IBS kedua pula dilancarkan di Pulau Pinang pada tahun 1965, dengan pembinaan dua blok rumah pangsa di Jalan Rifle Range.
Ini bukan sahaja pembinaan pasang siap pertama di Pulau Pinang, tetapi juga projek perumahan kos rendah bertingkat pertama yang dilaksanakan di negeri itu.

‼️Kelebihan Dan Kekurangan Rumah Pasang Siap IBS‼️
Pelaksanaan sistem IBS telah menunjukkan yang ia boleh memberi pulangan besar kepada industri hartanah. Itu bermakna para pembeli rumah juga akan dapat menikmati manfaat daripadanya. Tetapi adakah semuanya semudah itu?

Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan rumah pasang siap IBS dengan lebih terperinci:

✅Kelebihan
(+) Membantu mengurangkan kos melalui ekonomi skala dan memacu pembangunan rumah mampu milik.
(+) Pengeluaran berskala besar, ketepatan komponen dengan unit kediaman membantu mengurangkan kesan alam sekitar akibat pembinaan.
(+) Mempercepatkan proses pembinaan, menjimatkan kos dan memendekkan tempoh menunggu bagi rumah baru.
(+) Mengurangkan bilangan tenaga buruh dan menyenangkan tugas pekerja, membolehkan pemaju melaksanakan beberapa projek pembinaan serentak.
(+) Kualiti kediaman adalah konsisten dan boleh dipercayai, membantu memastikan jangka hayat kediaman yang lebih panjang.
(+) Pertumbuhan dalam guna pakai akan memacu skala ekonomi, dan menghasilkan penjimatan yang lebih besar di masa hadapan.

❎Kekurangan
(-) Kos membangunkan fasiliti perkilangan di peringkat awal adalah mahal.
(-)Rumah pasang siap IBS mungkin menghadkan peluang pengubahsuaian kerana sifat binaannya.
(-)Pengalaman industri dan ketersediaan pekerja mahir untuk rumah pasang siap IBS adalah terhad, tetapi sedang berkembang.
(-)Komponen perlu dihasilkan dalam jumlah yang banyak supaya sistem IBS kekal bermanfaat dari sudut ekonomi.

❗️Sebarang pertanyaan maklumat untuk BINA RUMAH❗️ boleh terus ke platform kami :

📞Hubungi kami segera untuk maklumat lebih lanjut di http://www.wasap.my/60198800771/NakBinaRumahIBS

Location Office:
🏢Kota Kinabalu HQ: Lot A1-Ground Floor, Polytechnic Commercial Centre (PCC), KKIP, 88460 Kota Kinabalu,SABAH.

🏢Sandakan Office: Lot 143A, Lorong 1-2, Rimbayu Indah, 90000 Sandakan, SABAH

No comments:

Post a Comment

PANELWALL IBS BERTEKNOLOGI GO GREEN YANG MESRA ALAM

Untuk makluman anda, Panelwall IBS ni bukan sahaja berkualiti dan tahan lasak. Malah Panelwall IBS ni juga telah dihasilkan dengan teknologi...